Saturday, March 21, 2009

SAHABAT KLASIKNASIONAL KE KUANTAN

14.03.09 jam 9.45 pagi bas yang membawa membawa sahabat2Klasiknasional bergerak meninggalkan perkarangan letak kereta Angkasapuri menuju ke Kuantan.Tujuan ke Kuantan ialah untuk sama2 meyerikan lagi rancangan konsert Masihkah Kau Ingat di RTM Kuantan.Konsert yang di adakan secara terus menerus oleh Klasiknasional.Selain dari itu sahabat2 Klasiknasional ingin bertemu dengan sahabat2 dari Pahang fm.
Di awal perjalanan,masing2 menyepi diri.Mungkin berasa malu lagi untuk memulakan berbual bicara.Tapi ketua rombongan En Zainal dan Kak Embun memulakan aktibiti dengan mengadakan pertandingan Karaoke lagu2 50an.Kalau pada mula tadi masing2 menyepi kini dalam bas telah di penuhi dengan suara2 mereka yang mengambil bahagian.Rata2 mereka boleh menyanyikan lagu2 lama dengan baik.Walau pun kebanyakan mereka adalah dari genarasi baru.Pada masa ini dalam bas telah di penuhi oleh suara2 perserta yang mengambil bahagian dan juga cahaya dari lampu kamera mereka yang ingin merakamkan sebagai kenangan.Kemeseraan telah mula berputik antara mereka yang mengikuti perjalanan ini.
Menjelang tengah hari bas yang membawa rombongan kami selamat sampai di RTM Kuantan.Setelah berehat dan menunaikan solat zohor,persembahan dari penyanyi2 60an,70an dan 80an pun dimulakan.Sebagai pembuka A.Halim memulakan persembahan.Ini di ikuti oleh,Siti Fairuz,Ibnu Reza,Roziah Latif,Rose Iskandar dan akhir sekali J.Mizan.Rata2 suara mereka tidak banyak beza nya dengan masa zaman kegemilangan mereka dulu.Masih mantap dan bertenaga.Tidak dinfikan faktor usia membataskan mereka menyanyi seperti dulu.Namun dalam jangka masa tiga empat puluh tahun suara mereka masih mampu menaikkan bulu roma setiap pendengar yang seangkatan dengan mereka yang rasa nya sukar di tandingi oleh penyanyi2 kini.Persembahan yang memakan masa hampir satu jam itu di rasakan begitu sengkat sekali.Selesai persembahan biasalah sesi bergambar dengan peminat.walau pun nampak agak keletihan mereka tetap mesra melayan peminat2 yang ingin bergambar sebagai kenagan.
Bandar Kuantan kami tinggalkan dengan penuh kenangan yang tak mungkain di lupakan hingga ke akhir hayat.Dalam perjalanan pulang di umumkan nama2 pemenang pertandingan karaoke.Bukan hadiahyang jadi rebutan,tapi semangat persahabatan itu lah yang lebih utama. Apa pun sekalung taniah pada pemenang2 pertandaingan karaoke kali ini.Untuk menghilangkan kebosanan dalam perjalanan yang memakan masaempat jam itu,ahli2 rombongan mula menjadikan dalam bas sebagai pusat karaoke.masing2 berebut2 untuk menyumbangkan suara.
Hampir jam 11 malam bas yang membawa kami selamat sampai ke perkarangan letak kereta Angkasapuri.Walau pun masing2 nampak keletihan namun di wajah ahli sahabat Klasiknasional terbayang stu kepusan dan kegembiraan yang akan menjadi kenangan hingga akhir hayat.

Monday, February 16, 2009

Terima kasihhhh........

Suatu petang sewaktu aku sedang bertugas,datang seorang hamba Allah yang pada pandangan aku cukup simple.dengan t shirt yang agak longgar dan berseluar pendek aras lutut.Tujuan nya hanya lah untuk tumpang menggunakan bilik air di pejabat ku.Dengan senang hati aku membenarkan,dan aku tak minta apa2 bayaran pun.Tapi dalam hati kecil ku berkata nanti aku nak denda mamat ni.Bila di keluar saja aku cepat2 berkata kapada nya,"Boss please sing one song before you go". Dengan senang hati dan tanpa banyak soal dia pun mula menyanyi.
sampai kan lah salam cintaku pada nya
walau pun terluka namun ku merindu
kerana cintaku mewangi dan harum
walau tercampak dimana mana.
Terima kasihhhhh sambil berlalu keluar dari pejabat ku.
Itu lah dia Thiagarajan K.R Arumugam atau Datuk David Arumugam vokalis utama kumpulan Alleycats.beliau merupakan salah seorang penyanyi bukan melayu yang menerima gelaran datuk.Memang sewajar nya lah pengiat2 seni dari Malaysia menerima penghargaan yang sedemikian rupa.
Dari awal 70an hingga lah kehari ini, David bersama Alleycats.Tidak terlintas pun di hati nya untuk meraih penghormatan seperti hari ini.Malah pada tahun lalu David tlah di kurniakan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Yang terbaru ia lah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Thursday, February 12, 2009

SEHARI DI PULAU MUTIARA

Ferry yang membawa aku ke Pulau Mutiara itu lah merupakan satu2 nya penghubung antara penduduk tanah besar dengan Pulau pinang.Jambatan Pulau Pinang nampak berbalam di sebalik kabus.Hingga menjelang tahun 90'an,ferry adalah mercu tanda bagi Pulau Pinang.Ferry yang di beri nama pulau2 yang ada di Malaysia seperti Pulau Pangkor,Pulau Tioman,Pulau Tikus dan bermacam2 nama pulau lagi.
Selain dari ferry,di era 60'an Pulau Pinang juga terkenal dengan pulau bebas cukai nya.Tanya lah mereka yang kini menjangkau usia 60 keatas.Seboleh2 nya sekali seumur hidup mereka berhajat untuk menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini.Tujuan nya tak lain tak bukan hanya lah untuk membeli belah.Shopping dalam istilah orang sekarang.Tapi kini Pulau Lagenda Mahsuri telah mengambil alih taitel pulau bebas cukai dari Pulau Pinang.
Di masa yang sama,bagi bakal2 haji untuk ketanah suci,selain pelabuhan klang,Pulau Pinang lah tempat mereka menaiki kapal haji.Setahun sekali Pulau Pinang menjadi tumpuan bakal2 haji dan sanak saudara mereka.Selain dari menghantar bakal2 haji mereka membeli belah.2 dalam 1.Begitu juga semasa menyambut kepulangan bakal2 haji dari tanah suci.
Selain ferry satu lagi pengangkutan yang masih kekal lagi di Pulau Pinang ia lah beca.Walau pun pengangkutan ini terpaksa bersaing dengan pengangkutan awam yang lain seperti Rapid Penang dan teksi, tapi ia nya (beca) masih dapat bertahan.Walau pun rata2 pengayuh beca di sini telah di mamah usia,namun mereka masih tetap gigih untuk meneruskan nya selagi terdaya.
Sebelum mengakhiri tulisan ini,serangkap pantun untuk orang2 tanjung
Kalau berkunjung kerumah tunang
Rasa hati tak mahu ke gelanggang
Kalau berkunjung ke Pulau pinang
Rasa hati tak mahu pulang.

Sunday, February 1, 2009

BOLA OH BOLA

Nampak nya kemelut FAM masih belum selesai lagi.Berbagai2 pehak telah memberikan pendapat.Jika kita tengok semangkain banyak insentif di taburkan pada pasukan bola sepak negara kita,malang nya kita masih gagal menyerlah di persada antarabangsa.
Di era 60an hingga ke 80an,pasukan bola sepak kita digeruni dirantau ini.Malah sekadar menyebut beberapa nama seperti Ghani Minhat,Mokhtar Dahari,Wong Chong Wah dan ramai lagi nama2 besar ini masih lagi segar dalam ingtan hingga ke hari ini.Saya rasa dalam masa tiga atau empat puluh tahun akan datang nama2 pemain sekarang sukar dingati seperti pemain2 dulu.
Kenapa perkara ini boleh terjadi?Dalam keadaan segala kemudahan dan bermacam ganjaran yang di terima,mutu permainan pasukan kita bertambah kebelakang.Mengapa pemain2 dulu yang bermain dalam segala kepayahan dengan tanpa penaja dan serba kekurangan boleh meletakan negara antara yang di segani dalam bola sepak.Rasa nya untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di arena antarabangsa,unsur2 politik harus lah di ketepikan.

Sunday, January 25, 2009

LEMBU DAN GERAK

Kong See Fat Cai untuk kaum China.Tahun ini ada lah tahun lembu dalam kelender orang2 China.Lembu dalam masyarakat orang2 Melayu kini ada lah menjadi isu, terutama nya di negeri Selangor.Khabar nya MB Selangor telah telah di kaitkan dalam hal pembelian lembu2 untuk Hari Raya Adiladha pada bulan Disember yang lepas.Ada penyelewengan dalam pembelian lembu2 tersebut.Kata yang empunya cerita.
Khabar nya Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi (Gerak) telah melapurkan kapada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas perkara ini.Juga satu memorandam telah di serahkan kapada DYMM Sultan Selangor agar menasehatkan MB Selangor
berehat dari tugas rasmi sementara siasatan di jalankan oleh SPRM keatas beliau.
Sungguh cepat GERAK bertindak dalam memantau gejala rasuah ini. Syabas kerana berGERAK laju.Cuma nya Gerak hanya memantau di negeri yang di perentah olah PR sahaja khas nya Selangor dalam menangani isu ini.Agak nya Gerak terlupa hendak pantau isu rasuah masa PRK di Kuala Trengganu yang baru lepas.Atau pun Gerak buat2 tak nampak sebab Trengganu ditadbir oleh parti yang di sokong oleh Gerak.
Jika Gerak benar2 memperjuang kan prinsip nya, biar lah adil,di Selangor Gerek bergerak laju sebab ada tok dalang yang menyokong.Tapi di Trengganu Gerak tidak bergerak langsung.

Tuesday, January 20, 2009

TAHUN BARU CHINA.

Minggu hadapan Tahun Baru China akan menjelang.Mengikut kelender maysarakat China,tahuan ini adalah tahun lembu.dan lagi menurut kepercayaan mereka, lembu ada lah binatang yang sabar dan kuat bekerja.Entah lah.
Aku masih ingat di era tahun 60 an, apabila menjelang saja perayaan TBC,ayah ku akan membeli barangan keperluan harian sperti gula,beras dan lain nya.Tapi yang paliang banyak di beli nya ia lah sardin dan ikan kering.Seolah2 macam kami pula nak beraya sama.Boleh dikatakan seluruh penduduk kampung melakukan perkara yag sama.
Pada waktu itu perniagaan di kampung ku di monopoli oleh kaum China.Jadi apabila tiba TBC mereka akan menutup perniagaan masing2 sekurang2 nya selama satu minggu.Lagi pun mana lah ada supermarket atau seven eleven macam sekarang.Orang2 kampung tak ada pilihan terpaksa lah meyimpan stock di rumah.Lebeh2 lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai.
Sekarang apa yang dapat kita saksikan,mereka hanya menutup perniagaan hanya dalam dua atau tiga hari saja.Lagi pun bukan hanya dibandar2 besar, malah di kampung2 yang terpencil pun sudah banyak mini2 market dan juga pasar2raya.Selain dari itu pasar2 tani dan juga pasar2 malam juga ada di merata2 pelusuk negeri.

Sunday, January 11, 2009

DI SEBALIK PANTANG LARANG

Dalam masyarakat melayu,tidak terlepas dengan pantang dan larang.Tentu nya masyarakat lain juga mempunyai pantang larang masing2 berasaskan agama dan budaya.
Di abad ini,segala pantang larang telah dianggap sepi.Malah setengah nya menjadi bahan jenaka.Memang tidak di nafikan setengah pantang larang ini sudah tidak sesuai lagi dalam kehidupan kita hari ini.
Tapi apa yang lebih penting ia lah message yang ingin di sampaikan di sebalik pantang larang itu sendiri.Kita semua tahu orang melayu memang kaya dengan budi bahasa.Jadi dalam membentuk keperibadian sesaorang,pendekatan ini lah yang dirasakan lebih berkesan.
Tentu nya tidak manis seorang ibu memukul anak gadis nya yang menyanyi sambil memasak di dapur.Cara yang baik ia lah memberitahu nya ialah jika menyanyi sambil memasak nanti dapat suami tua.Sebenar nya si ibu takut masakan yang di masak itu hangus di sebabkan oleh kelalaian anak gadis itu sendiri.Begitu juga bila makan nasi,Ibu kita selalu berpesan,jangan ditinggalkan nasi bersepah dalam pinggan nanti nasi akan menangis.Di situ sebenar nya ibu menyuruh kita menghargai setiap rezeki yang di di beri oleh Allah SWT.
Message2 di sebalik pantang larang itu ada lah bertujuan untuk mendisiplin diri sesaorang.Saya bersetuju dengan Radio Klasik Nasional yang mengujudkan rancangan Kata Orang Tua yang ke udara setiap hari Ahad jam 10.15 pagi.Walau pun kebanyakan pantang larang itu sudah tidak sesuai lagi masa sekarang,tapi banyak message2 yang berguna buat kita semua.

Saturday, January 10, 2009

MAT GIAN DAN LINTAH

DARAH PENAGIH UMPAN LINTAH.Itu lah tajuk sebuah akhbar.Nampak nya sekarang ini Mat Gian sudah pandai berniaga.Malah perniagaan ini tanpa mengeluarkan modal walau satu sen pun tapi mendapat pulangan yang agak lumayan.Jika dulu mereka ini giat mencuri kabel telefon,ragut samun dan pecah rumah untuk membeli pil kuda,ubat batuk,ganja dan heroin,namun kini tidak lagi.Malah cara baru untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah ini,tidak mengundang akibat di tangkap atau pun di belasah oleh orang ramai.
Banjir yang melanda negeri2 pantai timur baru2 ini menyebabkan banyak sawah yang dilimpahi air.Ada diantara penagih ini sanggup menunggu berjam2di dalam sawah untuk menangkap lintah.Penagih akan menggunakan kedua2 kaki mereka sebagai umpan untuk menangkap lintah2 ini.Di fahamkan lintah akan dijual kapada pemborong2 sekitar Pasir Mas,Bachok,Tumpat dan kota Bharu pada harga RM2 hingga RM3 seekor bergantung kapada saiz.
Haiwan ini popular dan mendapat permintaan yang tinggi untuk tujuan kosmetik dan juga perubatan.Sekarang banyak kursus diberi untuk menternak lintah.Menunjukkan masa depan yang cerah dalam perniagaan ini.Cuma yang kita khuatir kan,penagih2 ini bertukar kerja dari mencuri,kabel telefon dan besi penutup longkang,mereka menagguk lintah dari kolam2 ternakan.

Thursday, January 8, 2009

SIME DARBY & IJN

Di atas kertas,Sime Derby telah melupakan hasrat nya untuk meminang IJN.Jika IJN yang di miliki oleh kerajaan( 99.9%milik Kementerian Kewangan*) bertukar tangan,ke mana lagi bagi yang kurang kemampuan membawa jantung mereka yang bermasaalah untuk mengadu?
Tidak di nafikan,apabila IJN di tadbir oleh sebuah syarikat gergasi,ia akan menaik tarap dari segi pentadbiran.Juga harus di ingat berapa pula yang harus di bayar untuk semua ini?Akhir nya pesakit lah yang terpaksa menerima segala tempias nya.
Walau pun IJN tidak memberikan rawatan dengan percuma,Tapi ada lah agak murah jika dibandingkan dengan hospital2 pakar yang lain.Jadi bagi mereka yang kurang kemampuan,IJN lah satu2 nya tempat mengantung harapan untuk terus hidup.Sedikit perbandingan tentang bayaran yang dikena kan antara IJN dengan SDMCSJ(Sime DarbyMedical Center Subang Jaya)
Single bypass: SDMCSJ** IJN**
RM40,000-RM50,000 RM25,000-RM30,000.
Angioplasty: RM35,000-RM45,000 RM18,000-RM35,000.
Penyakit moden sekarang bukan saja menyerang gulungan yang berada saja,tapi di zaman seiber ini,mereka yang berada dalam gulungan yang kurang berada juga tak terkecuali.
(**sumber,SDMCSJ/IJN/THE STAR)

Monday, January 5, 2009

LANGKAH HARI PERTAMA KE SEKOLAH

3/4 JAN 09.Kesebukan luar biasa di semua sekolah rendah kebangsaan (SRK).Guru2 sebuk menguruskan kemasukan murid2 baru,ibu bapa pula terpaksa melupakan tugas harian demi untuk menguruskan anak yang memasuki darjah satu.Rata2 murid2 sekarang sudah pandai menyesuaikan diri dengan kawan yang seangkatan dengan nya.Namun tak kurang juga yang menangis enggan ditinggalkan.Mungkin juga belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekliling yang baru.Walau pun sebelum ini mereka telah berada di alam pra sekolah.
Melihat kedaan sekarang,setiap ibu bapa membelanjakan ratusan ringgit bagi setiap anak yang akan melangkah ke alam persekolahan.Ini belum termasuk belanja hariaan yang terpakasa di keluarkan.Dengan ada nya bantuan yang di salurkan setidak2 nya dapat merengankan sedikit bebanan yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa.
Sekadar menimbau kembali zaman aku melangkah kan kaki kesekolah dulu,tidak seindah hari ini.Aku di hantar oleh ayah ku kesekolah dengan basikal tua.Bukan dengan kenderaan mewah atau setidak2 nya dengan bas sekolah.Itu pun kira bernasib baik,jika tidak terpaksa berjalan kaki sejauh hampir lima kilometer.Walau pun hidup dengan serba kekurangan,ayah tetap memastikan yang pelajaran itu penting.Ayah selalu berpesan,pelajaran adalah harta yang paling berharga dalam hidup ini.Tapi kini aku tidak lagi dapat mencium tangan orang yang memimpin
aku melangkah kesekolah,kerana ia telah dulu pergi menyahuti panggilan Illahi.Al Fateha buat ayahanda.

Saturday, January 3, 2009

RETRO ANTARABANGSA KNL

Retro Antarabangsa (RA) rancangan baru pembuka tirai 2009 di KNL.Satu pujian atas daya usha dari warga KNL.Selama ini kita terlalu banyak di hidangkan dengan lagu2 terkini oleh setesen2 radio samada yang di miliki oleh kerajaan mahu pun swasta.Apa yang dilakukan oleh KNL harus di banggakan.Tanpa usha seperti ini,lagu2 dari tahun 50an,hingga awal 2000 terutama lagu2 melayu samaada dari filem atau dari rakaman piring hitam akan lenyap di telan zaman.
Kini RA walau pun hanya seminggu sekali dengan masa 45 minit lagu2 yang disiarkan juga tak kurang untuk mengamit memori pendengar.Mungkin ramai pendengar yang dapat mengimbau kembali masa kegemilangan filem2 hindi seperti,Sangam,Yaddon Ki Barrat, Bobby dan banyak.Lagu2 hindi kebanyakan nya lahir dari filem2 yang baleh lah dianggap sebagai filem "box office"pada masa itu.
Berbeza dengan lagu2 barat dari era yang sama kebanyakan di terbitkan dari rakaman.Seperti lagu2 nyanyian Tom Jone,Paul Anka dan Elvis sekadar menyebut beberapa nama.Kumpulan pula seperti Rolling Stone,Beattle, Borney M dan banyak lagi.Semoga dengan ini menambahkan lagi bilangan pendengar KNL.

SATU DEKAT SUKOM 98.

Satu dekat Sukom 98.Malang nya ada perkara yang kurang sedap di dengar mengenai temasya sukan yang ketiga terbesar di dunia ini.Mengikut berita dari sebuah akhbar taiblod,sebuah syarikat pembekal masih terkial2 menuntut bayaran sebanyak hampir RM 1juta.Menurut lapuran itu lagi bayaran itu adalah untuk membekalkan kemeja sukan pada temasya itu.
Menurut kata yang empunya syarikat itu kemeja2 sukan itu untuk di agih2kan kapada penyambut tetamu pelancong serta hotel,pemandu teksi,kenderaan awam dan pemandu van pelancong yang terlibat dengan promosi Sukom.Menurut nya lagi,MoU yang tandatangan pada 12 Feb.1998 dengan pehak yang membuat pesanan,30% harga setiap pesanan.manakala baki 70% hendak lah di bayar dalam tempoh 30 hari.
Bukan hanya menghadapi kesukaran menuntut bayaran malah di tuduh mengugut dengan mengunakan samseng,maka dengan berat hati terpaksa lah insan malang ini meyerahkan perkara ini kepada peguam nya.Ini sudah tentu berlarutan ke mahkamah.Rasa nya ini lah jalan yang terbaik.
Soal nya sekarang mengapa setelah sepuluh tahun berlalu nya temasya sukan ini bayaran kapada pembekal masih belum dilunaskan lagi.Di mana tersangkut nya.Agak nya pak2 menteri yang menjaga kementerian sukan terlepas pandang dalam perkara ini.

Thursday, January 1, 2009

TALI PINGGANG PENYELAMAT NYAWA?

Mulai 1.1.2009,berkuatkuasa lah pemakaian tali pinggang di tempat duduk belakang bagi kenderaan persendirian. Meangapa tidak pada kenderaan awam (teksi)?Pada yang ingkar akan di kenakan denda.Memang tidak di nafikan penggunaan tali pinggang adalah untuk keselamatan samada pemandu atau penumpang di belakang Setiap kereta keluaran terkini telah di sediakan dengan ciri2 ini.Tetapi ada kah kita berasa selamat jika kereta itu di pandu oleh seorang budak yang belum akil baligh walaupun kita memakai talipinggang keledar di tempat duduk depan dan belakang?
Latihan pemanduan yang diajar oleh sekolah2 memandu yang hanya beberapa jam rasa nya belum cukup lagi untuk melahirkan pemandu2 yang benar2 terlatih.Jika kita perhatikan banyak kemalangan2 yang berlaku adalah melibatkan pemandu2 berumur di bawah 30an.Tak kira lah samada kenderaan persendirian,awam atau perdagangan.
Dalam perkara ini, pengalaman memandu adalah memainkan peranan penting.Banyak yang di kita jumpa sekarang pemandu2 yang memandu perlahan dilorong kanan,menukar arah tanpa memberi isyarat dan banyak lagi perkara2 yang tak sepatut di lakukan semasa memandu.Kadang2 disebab kan kecuaian pemandu lain kita yang menerima padah nya.Yang lebih malang jika nyawa yang menjadi galang ganti. Pada mereka undang2 hanya untuk melepasi ujian memandu bukan di amalkan diatas jalan raya masa memandu.Jangan lah lagi banyak penguatkuasan yang di buat,lagi banyak kemalangan jalan raya setiap tahun.