Saturday, September 4, 2010

   Hanya beberapa hari lagi ramadhan akan meninggal kan kita..Malam ini merupakan malam tujuh likur.Bagi kanak yang sebaya dengan aku,Ini lah masa nya kami membuat pelita panjut.Segala tin susu kosong dan botol2 kosong akan kami jadi kan lampu panjut.Semua bahan2 nya adalah bahan2 terbuang.Hanya keluarkan modal untuk membeli minyak tanah.Malam nya akan berkerlipan lah sekuruh rumah kampung dengan lampu panjut.
    Ibu2 pula akan bersengkang mata membuat kueh.Rata2 badan ibu2 masa itu bau asap dari sabut kelapa untuk membakar kueh.Pada masa itu mana ada oven letrik.Kalau ada pun oven "butterfly" yang menggunakan minyak tanah.Bagi lelaki nya pula lepas menunaikan solat terawih,mereka akan bergoyong royong mengacau dodol.Nak buat waktu siang masing2 puasa penat.Sebab proses mengacau dodol ni memakan masa yang panjang.Kadang2 hingga menjelang subuh.bergantung pada berapa banyak beras pulut yang di gunakan.
    Bunyi dentuman mercun dan meriam (dulu ini semua 'halal')dah macam zaman perang.Tapi aku hairan walau pun masa itu kanak hebat bermain mercun dan meriam,tapi tak ada pula kes2 yang sampai kehilangan jari dan macam2hilang pada anggota badan.Berbeza dengan sekarang,puasa baru  tak smpai seminggu,dah ada berita kanak2yang hilang anggota akibat dari bermain mercun.Mungkin juga kanak2 sekarang lebih maju untuk mencipta sesuatu yang baru.

Saturday, August 21, 2010

KENANGAN INDAH DI BULAN RAMADHAN

     Walau pun ramadhan baru menjangkau dua belas hari,bagi kami di kampung dulu sudah mula menyebukan diri.Perkara utama yang kami lakukan ia lah masuk kehutan berhampiran kampung untuk mencari buluh. Bukan untuk di buat lemang,tapi nak buat meriam buluh.Mana yang lebih keriatif lagi akan mencari batang kelapa yang sudah tumbang dan di potong kira2 sepuluh kaki.Batang kelapa akan di korek agar berlubang di dalam nya.Di bahagian luar nya pula akan di ikat kuat dengan rotan agar tidak pecah.Bila malam akan bergema lah ledakan bunyi meriam.Sama ada meriam buluh,meriam tanah atau pun meriam yang di buat dari batang kelapa.Hanya meriam nukelia saja yang belum kami cipta.Terasa kemeriahan nya pada masa itu.Lagi pun pada masa itu harga bahan letupan(karbait) hanya dua tiga pulu sen satu kati..
          Teradisi bertukar2 juadah juga menjadi amalan kami di kampung .Di masa itu pasar2 ramadhan belum ujud lagi.Kalau ada pun orang menjual air batu (termasuk lah aku).Bertukar kuih yang same dengan jiran ada lah perkara biasa.Sebab pinggan yang di hantar tidak pulang dengan kosong.Namun kami tetap menerima dengan rasa syukur dan semangat kejiranan.
           Masjid dan surau2 dimeriah kan dengan solat sunat terawih dan tadarus quran.Bila semua ini sudah selesai,maka ledakan bunyi meriam akan kedengaran disetiap penjuru kampung.Kadang2 kami berlawan dengan kampung berdekatan.Meriam kampung mana yang lebih kuat.Mana2 yang masih mempunyai stock karbait yang masih ada,menjelang waktu sahur bunyi ledakan meriam akan kedengaran semula.

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN MENJELANG LAGI.

       Ramadhan datang lagi.. Umat islam seluruh dunia menyambut nya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..Aku juga begitu.Bersyukur kerana Tuhan memberikan aku peluang menyambut bulan yang mulia ini.Kenangan menyambut bulan puasa masa dulu masih segar lagi dalam ingatan ku.
        Beberapa hari sebelum ramadhan menjelang,arwah ayah ku akan mengajak aku ke tanah perkuburan di kampung kami.Tujuan nya untuk membersihkan pusara kaum keluarga kami yang terlebih dulu menyahut panggilan Illahi.Bla aku bertanya apa tujuan kami berbuat demikian,ayah hanya membisu dan merenung ku.Namun dapat ku lihat dikelopak mata ayah ada genangan air mata..Kini ayah juga telah pergi dulu menyahut seruan Illahi.
         Sehari sebelum tiba nya ramadhan,emak sebuk didapur menyediakan untuk kami sekeluarga makan malam dan bersahur.Sudah tentu ayam yang dibela sekian lama menjadi hidangan.Itu juga lah merupakan hidangan yang paling istimewa bagi kami pada tahun itu.Sebagai seorang yang berkerja kampung,sudah tentu ayah tak mampu menyuapkan kami dengan makanan yang enak2 sepanjang masa.
          Pada bulan puasa,airbatu merupakan satu eleman wajib dalam setiap kekuarga.Kalau minuman tak sejuk waktu berbuka rasa nya macam tak sah.Dalam setiap rumah yang masih menggunakan lampu minyak tanah,untuk memiliki peti sejuk ada lah satu  perkara yang di luar dari jangkauan kami.
           Satu masa aku juga pernah melibatkan diri dalam perniagaan bermusim ini (menjadi penjual air batu).Air batu yang seberat 100 paun di potong2 lebeh kurang sebesar dua biji batu bata,dan dijual dengan harga 20 sen.Untuk melambatkan air batu menjadi cair,ia nya perlu di taburkan habuk kayu di sekeliling air batu tadi.
            Biar pun kini segala kemudahan telah dapat kita nikmati,tapi mengingati kenangan yang lalu menambahkan lagi rasa bersyukur kita dalam melayari kehidupan kita dihari2 yang mendatang.Insyallah.

Monday, August 9, 2010

ULANG TAHUN RADIO KLASIK NASIONAL

    Pada 7 ogos 2010 yang lepas bertempat di salah sebuah bangunan terkemuka di ibu kota,Radio Malaysia Klasik Nasional menyambut ulang tahun yang ke empat.Bertema kan 'Sehari Bersama Radio Klasik Nasional.Tujuan nya ia lah tak lain tak bukan untuk merapatkan silatulrahim antara warga kerja KNL dengan orang ramai khusus nya pendengar2 setia KNL.Banyak acara2 yang di dipertandingkan seperti ronggeng klasik,ratu kebaya 60'an permainan tradisi seperti congkak dan batu seremban.Tak ketinggalan juga pertandingan pakaian beragam untuk kanak2 yang berumur 12 tahun kebawah.
     Agansi2 kerajaan juga turut terlibat bagi menjayakan progrem ini antara nya PDRM dan juga kementerian Kesihatan yang mengadakan permerksaan kesihatan percuma. 
      Mengingatkan aku masa mula2 berjinak2dengan radio diawal 60'an.Keadaan dikampung waktu itu rata2 penduduk nya di himpit kemiskinan.Tambahan pula kesan dari zaman darurat yang baru berlalu masih ada lagi.Waktu itu radio hanya dapat berbunyi dengan menggunakan bateri lampu suluh bersaiz 'D'.Tidak seperti sekarang menggunakan kuasa leterik.Pada masa itu radio hanya bersiaran dari jam 6 pagi hingga 12 malam saja.Tidak sperti sekarang 24 jam.Kalau ada pun ia lah pada hari raya.Itu pun hanya untuk sehari dua saja.
        Walau pun bersiaran selama 18 jam tapi kebanyakan rangcangan2 masih diminati oleh pendengar setia nya di ketika itu.Antara rancangan yang masih segar dalam intgatan ku ialah,Kebun Pak Awang dan sandiwara radio.Antara juruhebah (DJ) yang popular masa itu ia lah Karim Mohamad,Baharin Tahir,Ismail Jah,Mahani Ujang,Norlida Saidi,Yong Rafidah dan ramai lagi.
          JIka dulu di kenali dengan Radio Malaya Bahagian Melayu,Kini Radio Malaysia Klasik Nasional.

Sunday, July 18, 2010

DIA DATANG DENGAN LENGGANG LENGGUK NYA (PEMBANCI)

    Kini banci penduduk dan perumahan sudah bermula.Tak kira apa bentuk penempatan pasti di kunjungi oleh pembanci.Beberapa soalan akan di tanya pada ketua isi keluarga atau wakil nya.Disini kerja sama dari penghuni kediaman amat di perlukan.Segala maklumat yang di berikan adalah untuk kerajaan membuat perancangan jangka masa sepuluh tahun yang akan datang.Harus juga di ketahui segala maklumat yang di berikan itu adalah rahsia.
     Pada tahun 1991 aku adalah salah seorang pembanci.Aku di tugaskan membuat bancian di kawasan Cheras.Pada masa itu kesedaran penduduk pada banci ini masih kurang.Terutama pada warga emas yang kurang mendapat pendedahan dari surat khabar atau pun tv.Pembanci2 terpaksa lah memberikan penjelasan agar mereka faham akan tujuan kami.Memang semua pembanci telah di beri kursus tentang perkara ini.Bagi mereka yang kelas pertengahan,kerjasama yang kami dapat adalah amat memuaskan.Ini kerana mereka banyak membaca akhbar dan juga menonton tv.
       Paling aku tak dapat lupakan ia lah aku membanci di satu taman perumahan.Bila aku bunyikan loceng pintu pagar ,keluar seorang wanita yang ku kira berusia dalam awal 30an.Aku pun terangkan tujuan kedatangan ku untuk membuat bancian.Dia meminta aku menunjukan kad kuasa pembanci,walau pun ketika itu aku memakai lencana pembanci dan membawa bag yang tertulis"BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 1991".Setelah berpuas hati baru lah dia membenarkan aku masuk.Aku pun seperti biasa terus mengajukan beberapa soalan.Dia pun membari kerja sama sepenuh nya.Bahagian akhir dalam borang banci ada tertulis perkerjaan orang yang di temuramah.Bila aku aju kan soalan ini wanita ini hanya tersenyum.Aku resah menanti  jawapan dari nya.Memang banyak berjumpa dengan yang enggan memberi tahu perkerjaan mereka.sedangkan ini amat penting untuk perancangan masa depan negara.Berbalik pada wanita tadi,akhir nya dia memberi tahu yang dia berkerja sebagai pegawai banci di kawasan sebelah utara negeri Selangor.Aku hanya tersenyum.Aku membanci di rumah pegawai banci.Hati kecil ku berkata patut lah macam2 yang di minta tentang pengenalan diri aku.

Friday, June 25, 2010

MANIS2 BUKAN NYA GULA

 Krisis gula berulang lagi.Di kebanyakan tempat mengadu sukar mendapatkan nya.Ada setengah2 tempat terpaksa membeli barangan lain dulu baru dapat membeli gula.Itu pun dalam jumlah yang sedikit.Alasan peruncit sukar mendapat bekalan itu dari pemborong.Fenomena ini mengingatkan aku pada lirik lagu "lompat si katak lompat".Bagi isi rumah,gula bukan lah merupakan bahan utama dalam setiap hidangan.Berbeza dengan mereka yang mengushakan prodak yang memerlukan gula dalam jumlah yang banyak seperti kueh.Jika fenomena ini berlanjutan,mereka tiada pilihan melainkan mengurangkan jumlah pengeluaran.Ini sudah tentu lah mengecil kan jumlah margin yang mereka dapat.Lebih merisaukan pengusha2 ini ialah bagi menghadapi bulan ramadhan dan shawal yang tak lama lagi akan menjelang.