Pada tahun 1991 aku adalah salah seorang pembanci.Aku di tugaskan membuat bancian di kawasan Cheras.Pada masa itu kesedaran penduduk pada banci ini masih kurang.Terutama pada warga emas yang kurang mendapat pendedahan dari surat khabar atau pun tv.Pembanci2 terpaksa lah memberikan penjelasan agar mereka faham akan tujuan kami.Memang semua pembanci telah di beri kursus tentang perkara ini.Bagi mereka yang kelas pertengahan,kerjasama yang kami dapat adalah amat memuaskan.Ini kerana mereka banyak membaca akhbar dan juga menonton tv.
Paling aku tak dapat lupakan ia lah aku membanci di satu taman perumahan.Bila aku bunyikan loceng pintu pagar ,keluar seorang wanita yang ku kira berusia dalam awal 30an.Aku pun terangkan tujuan kedatangan ku untuk membuat bancian.Dia meminta aku menunjukan kad kuasa pembanci,walau pun ketika itu aku memakai lencana pembanci dan membawa bag yang tertulis"BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 1991".Setelah berpuas hati baru lah dia membenarkan aku masuk.Aku pun seperti biasa terus mengajukan beberapa soalan.Dia pun membari kerja sama sepenuh nya.Bahagian akhir dalam borang banci ada tertulis perkerjaan orang yang di temuramah.Bila aku aju kan soalan ini wanita ini hanya tersenyum.Aku resah menanti jawapan dari nya.Memang banyak berjumpa dengan yang enggan memberi tahu perkerjaan mereka.sedangkan ini amat penting untuk perancangan masa depan negara.Berbalik pada wanita tadi,akhir nya dia memberi tahu yang dia berkerja sebagai pegawai banci di kawasan sebelah utara negeri Selangor.Aku hanya tersenyum.Aku membanci di rumah pegawai banci.Hati kecil ku berkata patut lah macam2 yang di minta tentang pengenalan diri aku.